30 April 2012

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan. Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claim' untuk out station. Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim.

Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” |Surah Al Kahfi, 18: 59|

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan- amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin."

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini.

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” |Surah Al-An’am, 6: 129|

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan |berkenaan ayat tersebut|

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” |Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430|

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” |Siraj al-Muluk, m/s. 100-101|.

"Pemimpin itu asalnya adalah seorang RAKYAT. Zalimnya seorang PEMIMPIN disebabkan zalimnya seorang RAKYAT, begitu juga sebaliknya."

Mari kita renungkan, setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?

28 April 2012

Cara kerajaan Islam yg sebenar akan terbentuk!


 Cara nk hpuskn pmimpin yg zalim ialah dgn islah dri dan btulkn amal umat islam slruhnya...sbb pmimpin yg zalim adalah 'hadiah' dari allah krana umat islam tggalkan amal islam dan blaku zalim pd allah dan agama allah....

Sbb tu dkt sratus tahun cuba nk hpuskn pmimpin zalim,allah tetap x izinkn..sbb tertibnya salah.......sbb umat islam kcoh ttg politik(dunia)..tp rkun islam dan rkun iman yg pling asas dlm islam blum tlksana dlm diri msing2.................sdgkn majoriti umur nabi dihbiskan utk usaha atas rkun islam dan rkun iman msuk dlm diri umat,hnya slpas kwftan nabi je siasah dan krjaan islam bangun...dan allah bg pluang nb mmrntah mdinah smata2 utk tnjuk 'cara memimpin' negara...in case shbt2 jd pmimpin so diorang tau cara prntah ngra yg sunnah....

Paling awal dlm agama ialah mngnal allah,ilmu tauhid,iaitu rkun iman yg 6,zmn dkwah kt mekah byk kpd iman yg 6...kmudian bru dkwah n trbiah n pmbntukan 5 rkun islam..nb diangkt ke langit utk trima prntah solat dan lain2...ia diusahakan di mekah dan juga mdinah....kmudian muamalat dan muasyarat,kmudian lasssssttt skali bru politik allah bg pd nbi dan shbt,slpas IMAN DAN AMAL MEREKA SAHIH...jadi tertib utk dptkn kerajaan islam ialah btulkn iman dan amal spti yg dsbut dlm surah an nur....bila iman dan amal umt islam smpai stu thap yg allah suka,allah sdri akn hpuskn pmimpin zalim dgn cara mnghapuskan krajaannya atau allah beri hdayat kpd pmmpin2 utk bina kerajaan islam...dan itu tertib yg tsbut dlm hadis ttg krajaan islam trakhir akn tbntuk dan imam mhdi akn jd pmmpin ttginya bukan mlalui cara undian\dmokrasi....

Dlm surah an nur,allah BERJANJI dgn lafaz jnji "wa'adallah" dan lam takid pd ayat 'layastakhlifan' bmkna jnji yg ssguh2nya kpd org yg BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH UNTUK BERI MEREKA KERAJAAN....jd mudah skali syarat utk allah bg krajaan....bkn dgn 'duduk bntah',bkn dgn 'ktuk mngutuk dlm cramah',bkn dgn 'bkjsama dgn kafir',bkn dgn 'undi mngundi dan calonkn dri' tp hanya dgn USAHAKAN IMAN DAN AMAL SAMPAI TAHAP YANG ALLAH SUKA...MAKA DENGAN SENDIRINYA KERAJAAN BATIL AKN JATUH DAN KERAJAAN ISLAM AKAN TEGAK.....dan ini mnhaj krajaan yg bkl imam mahdi duduki....wallahualam.

24 April 2012

Hanya lelaki pondan yg cukur janggut!

Hanya lelaki pondan yg cukur janggut


Dewasa ini, ramai yg mempertikaikan dalil-dalil tentang pembelaan janggut. Dgn jelas sekali janggut merupakan sunnah baginda dan sahabat, tidak ada satu org sahabat pun yg tidak berjanggut bahkan janggut mereka panjg2 belaka dan tidak pernah dipotong melainkan apabila sudah melebihi satu genggam. hari ini sunnah ini makin lama makin ditinggalkan termasuklah ustaz2 semua sekali memendekkan janggut. Alasannya tidak kemas. Adakah rasulullah itu tidak kemas orgnya? Bahkan dlm Al-Quran jelas mengatakan Muhammad itu nabi paling hensem, kehenseseman Yusuf hanya separa kehenseman Rasulullah. Pd zaman rasulullah adat mereka adalah saling berpelukan apabila bertemu, tetapi apabila jumpa org yg tiada janggut sahabat akan takut memeluk kerana takut terpeluk golongan pondan. berapa ramai di Malaysia ni yg pondan2 belaka? di mana janggut kalian wahai kaum lelaki? Hari ini kita suka ambil hadis2 dan fatwa yg cukup2 mkn. Mana2 ijmak yg ada membolehkan pemotongan janggut itulah yg kita pilih, itulah yg kita sokong. Walhal dgn jelas rasulullah menyuruh kita pendekkan misai sependek2nya serta panjangkan janggut. Hari ini kita korek kata2 ulamak berfatwa pendekkan janggut. sgt bertentangan dgn hadis nabi yg suruh simpan janggut. sbb apa ulamak keluar fatwa begitu sbb mereka juga cukur janggut. sgt2 celaka golongan ulamak begini. susah sgtkah mahu apply sunnah dlm kehidupan. Langsung tiada perkara yg mendesak mereka dlm kehidupan mereka sbg para alim dan para ulamak. Mereka yg berilmu ini seharusnya menjadi cth kpd org2 awam. lainlah kalau kita yg muda2 ini yg terpaksa trim janggut utk kerja sbg askar,polis dan pegawai bank. Tetapi apakah alasan para alim yg kerja mereka yang sememangnya menyebarkan Ilmu Allah. Pelik bin ajaib. Gengamlah sunnah dgn gigi geraham. Sabda baginda s.a.w. barang siapa yg memegang satu sunnahku di zaman fasha dan mungkar maka dia akan memperoleh pahala 100 kali mati syahid. sabda baginda lg "barangsiapa yg mencintai sunnahku, dia mencintaiku, dan barangsiapa yg mencintaiku dia akan bersama-samaku di dalam syurga nanti, MasyaAllah. ayuh kalian rebutlah sunnah ini, pahala 24 jam. Janggut x boleh tanggal. Kalau kopiah dan serban kita mesti tanggalkan semasa mandi tetapi janggut InsyaAllah x boleh tanggal.. 24 hours pahala jalan.. InsyaAllah..


Hadis #1 
Aisyah rah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, 
"Sepuluh perkara adalah fitrah yang mana mengerat misai dan menumbuhkan janggut itu disebutkan" (dari Abu Daud) 

Hadis #2 
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, 
"Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu" (Ibnu Hibban) 

Hadis #3 
Didalam sebuah hadis yang di petik dari "Musannaf Ibn Abi Sayiban" di beritakan seorang Majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai misai yang panjang datang kepada Rasulullah saw. Tatkala melihatkan ini 
Rasulullah saw bersabda. 
"Di dalam agama kami, kami diperintahkan mengerat misai dan memanjangkan janggut" 

Hadis #4 
Zaid Ibni Habib r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak tertahan lagi melihat dua orang utusan yang datang daripada istana Maharaja Kisra kerana mereka telah mencukuri janggut-janggut mereka. Baginda memberitahu kepada mereka; 
"Binasalah! Siapakah yang menyuruh kamu supaya menjadikan wajahmu seperti ini?" mereka menjawab, 
"Tuan kami, Maharaja Kisra memerintahkan kami" 
Rasulullah s.a.w. bersabda, 
"Tetapi daku telah diperintahkan oleh Tuhanku Allah supaya memanjangkan janggut dan mengerat misai." 

1. Syaikul Islam Ibn Taimiyah telah menyatakan bahawa mencukur janggut adalah haram. (kitab Al Qasim) 
Imam Qurtubi menyatakan, 
"Pencukuran janggut, mencabut keluar semua rambut janggut itu dan mengerat pendek semuanya tidak dibenarkan" 

2. Imam Muhammad Ibn Hazam telah memetik pendapat ijmak para ulamak bahawa mengerat misai dan memanjangkan janggut adalah fardhu.

3. Selanjutnya Ibn Taimiyah menyenaraikan kesemua hadis-hadis yang memerintahkan kita menentangi yahudi dan nasrani dari segi bentuk luar, kemudian mengulasinya 
"Syariat mengkhendaki kita menentangi mereka , dan meniru secara luaran akan menimbulkan cinta dan persahabatan terhadap mereka, sepertimana cinta kerohanian memberi kesan kepada kecenderungan dan kelakuan zahir. Ini adalah perkara-prakara yang telah disaksikan dan dialami" 

4. Di dalam kitab "Tamheed" yang merupakan ulasan bagi "Muwataa" di sebut, 
"Bahawa mencukuri janggut adalah haram, hanya orang yang melakukan ini adalah pondan" 

5. Saidina Umar r.a. dan Ibn Abi Lailah r.a., yang menjadi Qadhi Madinah telah menolak persaksian orang yang mencabut kesemua rambut janggutnya.

16 April 2012

Demi Allah! Agama tersebar melalui darah dan air mata [Kisah Hazrat Ja'afar RAdiyallahu 'anh.]

Demi Allah pemegang jiwa Muhammad dan jiwaku,aku bersumpah dengan zat yang menciptakan ribuan alam bahawa AGAMA INI TERSEBAR DENGAN DARAH DAN AIR MATA,bergelen-gelen darah dan air mata Nabi tercinta,para sahabat manusia terpilih,tabiin dan tabi’ tabiin kekasih allah ditumpahkan untuk agama ini.Semuanya untuk agama ini,jika ia tidak dilakukan mereka,aku berani bersumpah bahawa agama aku dan kalian yang membaca coretan ini adalah Hindu,Buddha,Kristian dan kita semua akan dicampak ke jahanam dengan hina dina.

Semua pengorbanan yang mereka lakukan itu untuk aku dan kalian,supaya aku dan kalian selamat dari jahanam,mereka fikirkan keadaan umat akan datang,mereka sangat risau apa agama umat akan datang,mereka menangis berhamburan kerana risaukan umat nabi yang meluncur laju ke neraka,mereka tinggalkan anak isteri mereka tanpa kata jelas apakah mereka akan pulang atau tidak.

Teringat aku sebuah kisah tentang Jaafar r.a(moga allah terangkan kuburnya dengan nur tanpa had)sepupu nabi yang telah keluar dari rumah sejurus selepas kedengaran semboyan jihad bergema indah di madinah,Sayyidina Jaafar r.a meninggalkan anak-anak kecil yang ramai dan isterinya di rumah.

Anak-anaknya menangis rindukan bapa tercinta,tapi Jaafar r.a dengan iman seteguh gunung meluncur laju menghayunkan pedang memenggal para kafir laknatullah ‘alaihim di medan perang umpama singa kelaparan,berdiri teguh segak berani sepupu nabi yang juga awwalin islam memancung dan bertakbir menggegarkan arasy allah dan hati para kufar.

Setelah sekian lama,isterinya kedengaran jemaah jihad sudah pulang dengan kejayaan,bergema takbir di bumi madinah,menarilah para rimbunan pokok dan menyanyi para burung meraikan kejayaan muslim menghancurkan tentera kafir.Bukan main gembira isteri hadrat sayyidina Jaafar r.a mendengar khabar itu lalu dia siap-siapkan anak-anak kecilnya,berhias diri dan memasak masakan kegemaran suaminya dan semuanya menunggu di ruang makan rumahnya dengan penuh ghairah,anak-anak ketawa gembira bermain suka mendengarkan khabar bapa tercinta akan pulang,si isteri penuh dendam rindu yang sentiasa risau kian terubat dengan kegembiraan kepulangan suami tercinta.Berdebar-debar jantung menunggu saat bahagia.

‘tok,tok!’ketukan pintu berbunyi yang menyebabkan suasana menjadi sepi.

Sang isteri bingkas bangun bergegas mendapatkan pintu.Lalu pintu dibuka dengan penuh gembira dan berdirilah sekujur tubuh berdiri segak dihadapan pintu rumahnya.

Tapi sekujur tubuh itu bukan milik Jaafar r.a,sekujur tubuh itu ialah milik Sayyidul Mustofa rahmatul lil a’lamin Muhammad sallallahu ‘alaihi wassalam(selawat salam penuh cinta atas kekasih hidup matiku yang ku rela mati seribu kali untuknya tapi tak mungkin aku redha sekecil duri melukai kakinya.) wajah putih berseri penuh nur itu tunduk hiba di hadapan isteri sepupunya.

Sang isteri merasakan perasaan aneh dan dapat mengagak dari raut wajah nabi yang penuh hiba dan sedih.Yang tak perlu ditafsirkan lagi dengan kata-kata,telah faham akan ia nabi saw datang untuk membawa berita kesyahidan Jaa’far r.a.

Betapa remuknya hati seorang isteri laksana dihentam ratusan gunung pabila berita umpama itu datang menusuk jantung,mengalir lembut air mata sang isteri,begitu juga para malaikat,para burung,gunung,pokok,langit turut menangis hiba dan langit menjadi suram berkabung atas kesedihan yang amat.

Sang isteri lalu cepat-cepat mengesat air mata kerana terpandang anak-anak kecilnya dan dia risau mereka tidak mampu menerima berita ini,sang isteri tabah meremukkan hatinya dan tahan akan tangisan yang ingin mengalir umpama sungai nil.Lalu sang isteri cepat-cepat bawa anak-anaknya masuk ke bilik tapi dihalang rasululullah yang menyuruh kesemua anak-anak sepupunya datang kepadanya.Nabi saw lalu mengusap kepala setiap seorang anak-anak sepupunya dan menatap hiba wajah anak-anak kecil tak berdosa lalu berderailah air mata nabi yang mulia dihadapan anak-anak kecil itu diikuti sang isteri yang tak dapat lagi menahan air matanya,menangislah semuanya,suramlah seluruh alam tanda hormat atas kesedihan baginda nabi saw.

Bayangkan kesedihan mereka kerana agama,keremukan hati mereka kerana agama,rindu dendam isteri yang dibalas berita hiba,anak-anak yang meraung mahukan bapa,ya allah!betapa sedihnya hati ini bila mendengar kisah-kisah indah para sahabat perjuangkan agama,air mata mereka tidak pernah dijatuhkan untuk perkara bodoh seperti kita sering lakukan.

Hati mereka hancur,mereka berpisah dengan isteri-isteri mereka dan anak-anak mereka,mereka juga insan seperti aku dan kalian,mereka juga cintakan isteri,anak,ibu,bapa dan keluarga seperti kalian,tapi kesedihan demi kesedihan menimpa mereka,berita kematian,perpisahan dan sebagainya adalah rutin mereka,kini bandingkan lah kesedihan kalian yang tak seberapa bahkan kerana dunia itu dengan kesedihan para sahabat ini???apa kalian tidak malu??Kesedihan yang amat itu tidak pernah membuatkan mereka menjadi gila atau ingin membunuh diri seperti kebodohan kita yang sedih kerana dunia hina kemudian ingin membunuh diri,oh allah betapa rapuhnya iman kami,betapa hinanya diri ini,ampunkan kami ya allah..

Pembaca budiman,jika air mata itu tidak jatuh ke bumi untuk agama,agama itu pasti mati,kisah umpama ini ada ratusan bahkan ribuan di banyak kitab terutamanya di dalam kitab Hayatus Sahabah karangan maulana Yusuf khandahlawi rah.(moga allah menerangi kuburnya dan terima pengorbanan beliau).

Sekarang berfikir sejenak dan tanya diri kita.

UBAT YANG PALING AJAIB MENINGKATKAN IQ..

PUASA : UBAT AJAIB MENINGKATKAN IQ
Puasa merupakan ubat ajaib semulajadi yang tertua sekali, yang diketahui dan diamalkan oleh manusia. Hampir semua agama menganjurkan penganutnya supaya berpuasa menurut kaedah masing-masing. Puasa adalah antara rahsia cendiakawan Islam silam yang terulung memperolehi kecemerlangan daya ingatan dan kehebatan daya kecerdasan. Kekenyangan itu menumpulkan fikiran, kelaparan menajamkan fikiran.
Imam Syafie terkenal dengan kepintaran dan kekuatan hafazan. Ketika berusia 15 tahun, beliau sudah bertaraf ulama’ besar dan layak memberi fatwa. Beliau sentiasa mengamalkan puasa sunat. Pada suatu hari, beliau menceritakan bahawa beliau sudah 16 tahun tidak pernah kenyang. Dengan mengamalkan ‘rahsia ajaib’ inilah, para cerdik pandai Islam pada era kegemilangan Islam dahulu menjadi terlalu pintar dan ‘genius’. Kebanyakan mereka mula berpuasa sunat sebelum mencecah usia ‘baligh’ dan diteruskan sehingga ke akhir hayat mereka.
Puasa merupakan ‘keajaiban dari langit’ kerana mempunyai kuasa yang menakjubkan, bukan sahaja ia mampu menguatkan mental bahkan fizikal, jiwa dan perasaan. Puasa digunakan oleh ahli-ahli kerohanian Islam yang dikenali sebagai sufi dan ahli-ahli kebatinan untuk memperkuatkan jiwa dan kerohanian mereka. Bahkan seorang tokoh kebatinan berkata, “Jika seseorang ingin mendapat keramat atau melakukan perkara-perkara yang ajaib, maka hendaklah dia berpuasa selama satu tahun dan enam bulan secara terus-menerus. Hasilnya rohnya akan menjadi terlalu kuat sama seperti roh-roh di langit dan dia boleh membebaskan diri seperti berjalan di atas air, terbang di udara, tak lut dibakar api dan sebagainya.”
Anda tidak digalakkan melakukannya. Saya cuma anda memetik kesimpulannya, ” Bahawa di dalam puasa, terdapat keajaiban yang luar biasa yang tidak terjangkau oleh akal fikiran manusia. Ia mampu melahirkan kekuatan fizikal, mental dan kerohanian yang luar biasa.”
Tahukah anda bahawa pada setiap hari, lebih enam juta penduduk Amerika Syarikat berpuasa untuk pelbagai tujuan !! Antaranya ialah untuk mendapat awet muda, mengurangkan berat badan, mendapat tubuh badan yang menarik, MENINGGIKAN KECERDASAN MENTAL, berjimat, kesihatan tubuh badan, selaku ‘overhaul tubuh’, menurunkan tekanan darah, mengurangkan ketegangan, menurunkan kadar kolestrol, meningkatkan tenaga batin dan ghairah seksual, mengurangkan stress, tidur lebih nyenyak, memberi kesempatan kepada tubuh untuk menyembuhkan penyakit dan mengurangi kebergantungan terhadap ubat-ubat bius, pil tidur, narkotik dan segala jenis dadah.
Jadi, terbuktilah kebenaran hadis nabi s.a.w., “Berpuasalah kamu agar kamu menjadi sihat.” (Hadis riwayat Ibnu Sunni dan Abu Nuaim daripada Abu Hurairah ra.). Tabib-tabib Islam juga menegaskan bahawa perut (ma’idah) merupakan punca dan sumber segala penyakit. Kalau sihat ma’idah, sihatlah badan keseluruhannya. Puasa adalah cara yang terbaik untuk merehatkan beban kerja ma’idah dan beberapa organ di dalam tubuh badan seperti jantung, buah pinggang, hati dan lain-lain. Kerehatan ini amat perlu untuk memulihkan prestasi organ-organ tersebut. Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah bersabda,“Perut itu rumah segala penyakit manakala puasa adalah raja segala ubat. Oleh itu, jadikanlah ia kebiasaan kamu.”
Ahli-ahli perubatan Islam, Timur dan Barat berjaya membuktikan bahawa puasa boleh menyihatkan tubuh badan, mental dan rohani. Terdapat ahli-ahli perubatan Barat menggalakkan setiap orang, sama ada sihat atau sakit supaya berpuasa dua hari pada setiap minggu. Ini sangat bertepatan dengan agama Islam yang menganjurkan supaya umatnya berpuasa pada hari Isnin dan Khamis pada setiap minggu. Institut Rawatan Kesihatan di India pula menganjurkan supaya rakyatnya berpuasa sekali seminggu untuk mempertingkatkan kesihatan. Melalui amalan tersebut, ia dapat merangsang pertumbuhan hormon, memberikan daya tahan penyakit, merehatkan sistem penghadaman selama sehari dan membantu MENAJAMKAN FIKIRAN.
Penyelidik-penyelidik perubatan menemui bahawa puasa merupakan satu kaedah yang terbaik dalam merawat penyakit dan sebagai penjagaan dari penyakit. Ia dibuktikan dapat membersihkan tubuh badan dari toksid-toksid atau racun-racun. Ia juga membersihkan sisa-sisa makanan yang tidak berguna di dalam perut dan usus di mana sekiranya dibiarkan maka ia akan menjadi sarang kepada kuman yang membawa pelbagai penyakit serius. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.”
Menurut ilmu biologi, sewaktu perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat melakukan tugasnya dengan baik. Ini disebabkan tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti yang menggunakan otak seperti berfikir atau membaca ketika kenyang, kita menjadi mengantuk dan lemah daya fikiran. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.
Atau dengan kata lain, ketika kita sedang berpuasa, aliran darah kepada organ-organ pencernaan berkurangan kerana ianya kurang diperlukan. Dengan demikian, darah dari organ-organ pencernaan akan mengalir serta tertumpu ke otak. Ini menjadikan otak lebih ‘pick-up’, bertenaga dan daya fikiran menjadi tajam.
Sebab itulah para ulama’, sami, paderi dan pendita dari agama Islam, Buddha, Kristian, Hindu dan lain-lainnya kebanyakan mengamalkan makan sedikit sahaja. Amalan sedemikian menyebabkan mereka dapat memberikan tumpuan yang baik terhadap pembelajaran dan pengajaran agama mereka.
Luqman Al-Hakim menasihati anaknya, “Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.”. sewaktu bersekolah, ustaz saya selalu berkata, “Tegang urat perut, kendur urat mata.” Maksudnya apabila perut dalam kekenyangan, mata pun mula mengantuk dan kita menjadi malas.

Sahabat Nabi s.a.w., Abdullah b. Mas’ud berkata, “Empat perkara yang mengelapkan hati atau melembapkan otak : perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan.”
Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempergaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.
Sekiranya anda mempunyai impian untuk menjadi manusia yang bijak, amalkan ‘rahsia’ ini. Namun begitu, sebelum anda dapat memetik hasilnya, ianya perlulah menjadi amalan rutin anda terlebih dahulu. Nah, mulai sekarang amalkan berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis setiap minggu.
Itulah anugerah ALLAH kepada hamba-hambanya bagi kita berfikir.Setiap kejadian Allah Ada saujana hikmah…nya

Untuk isteri2ku tersayang ............

Untuk isteri2ku tersayang ............ 

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”. 
2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah” 
3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

Isteri solehah pasti pelihara 10 sifat


Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Kisah dajjal dan Tamin ad-Dari Radiyallahu 'anh.

حَدَّثَنَا ابْنُ بُرَيْدَةَ حَدَّثَنِي عَامِرُ بْنُ شَرَاحِيلَ الشَّعْبِيُّ شَعْبُ هَمْدَانَ أَنَّهُ سَأَلَ فَاطِمَةَ بِنْتَ قَيْسٍ أُخْتَ الضَّحَّاكِ بْنِ قَيْسٍ وَكَانَتْ مِنْ الْمُهَاجِرَاتِ الْأُوَلِ فَقَالَ حَدِّثِينِي حَدِيثًا سَمِعْتِيهِ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُسْنِدِيهِ إِلَى أَحَدٍ غَيْرِهِ فَقَالَتْ لَئِنْ شِئْتَ لَأَفْعَلَنَّ فَقَالَ لَهَا أَجَلْ حَدِّثِينِي فَقَالَتْ نَكَحْتُ ابْنَ الْمُغِيرَةِ وَهُوَ مِنْ خِيَارِ شَبَابِ قُرَيْشٍ يَوْمَئِذٍ فَأُصِيبَ فِي أَوَّلِ الْجِهَادِ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا تَأَيَّمْتُ خَطَبَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ فِي نَفَرٍ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَخَطَبَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى مَوْلَاهُ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ وَكُنْتُ قَدْ حُدِّثْتُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَحَبَّنِي فَلْيُحِبَّ أُسَامَةَ فَلَمَّا كَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُلْتُ أَمْرِي بِيَدِكَ فَأَنْكِحْنِي مَنْ شِئْتَ فَقَالَ انْتَقِلِي إِلَى أُمِّ شَرِيكٍ وَأُمُّ شَرِيكٍ امْرَأَةٌ غَنِيَّةٌ مِنْ الْأَنْصَارِ عَظِيمَةُ النَّفَقَةِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَنْزِلُ عَلَيْهَا الضِّيفَانُ فَقُلْتُ سَأَفْعَلُ فَقَالَ لَا تَفْعَلِي إِنَّ أُمَّ شَرِيكٍ امْرَأَةٌ كَثِيرَةُ الضِّيفَانِ فَإِنِّي أَكْرَهُ أَنْ يَسْقُطَ عَنْكِ خِمَارُكِ أَوْ يَنْكَشِفَ الثَّوْبُ عَنْ سَاقَيْكِ فَيَرَى الْقَوْمُ مِنْكِ بَعْضَ مَا تَكْرَهِينَ وَلَكِنْ انْتَقِلِي إِلَى ابْنِ عَمِّكِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ وَهُوَ رَجُلٌ مِنْ بَنِي فِهْرٍ فِهْرِ قُرَيْشٍ وَهُوَ مِنْ الْبَطْنِ الَّذِي هِيَ مِنْهُ فَانْتَقَلْتُ إِلَيْهِ فَلَمَّا انْقَضَتْ عِدَّتِي سَمِعْتُ نِدَاءَ الْمُنَادِي مُنَادِي رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُنَادِي الصَّلَاةَ جَامِعَةً فَخَرَجْتُ إِلَى الْمَسْجِدِ فَصَلَّيْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكُنْتُ فِي صَفِّ النِّسَاءِ الَّتِي تَلِي ظُهُورَ الْقَوْمِ

فَلَمَّا قَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاتَهُ جَلَسَ عَلَى الْمِنْبَرِ وَهُوَ يَضْحَكُ فَقَالَ لِيَلْزَمْ كُلُّ إِنْسَانٍ مُصَلَّاهُ ثُمَّ قَالَ أَتَدْرُونَ لِمَ جَمَعْتُكُمْ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ إِنِّي وَاللَّهِ مَا جَمَعْتُكُمْ لِرَغْبَةٍ وَلَا لِرَهْبَةٍ وَلَكِنْ جَمَعْتُكُمْ لِأَنَّ تَمِيمًا الدَّارِيَّ كَانَ رَجُلًا نَصْرَانِيًّا فَجَاءَ فَبَايَعَ وَأَسْلَمَ وَحَدَّثَنِي حَدِيثًا وَافَقَ الَّذِي كُنْتُ أُحَدِّثُكُمْ عَنْ مَسِيحِ الدَّجَّالِ حَدَّثَنِي أَنَّهُ رَكِبَ فِي سَفِينَةٍ بَحْرِيَّةٍ مَعَ ثَلَاثِينَ َرجُلًا مِنْ لَخْمٍ وَجُذَامَ فَلَعِبَ بِهِمْ الْمَوْجُ شَهْرًا فِي الْبَحْرِ ثُمَّ أَرْفَئُوا إِلَى جَزِيرَةٍ فِي الْبَحْرِ حَتَّى مَغْرِبِ الشَّمْسِ فَجَلَسُوا فِي أَقْرُبْ السَّفِينَةِ فَدَخَلُوا الْجَزِيرَةَ فَلَقِيَتْهُمْ دَابَّةٌ أَهْلَبُ كَثِيرُ الشَّعَرِ لَا يَدْرُونَ مَا قُبُلُهُ مِنْ دُبُرِهِ مِنْ كَثْرَةِ الشَّعَرِ

فَقَالُوا وَيْلَكِ مَا أَنْتِ فَقَالَتْ أَنَا الْجَسَّاسَةُ قَالُوا وَمَا الْجَسَّاسَةُ قَالَتْ أَيُّهَا الْقَوْمُ انْطَلِقُوا إِلَى هَذَا الرَّجُلِ فِي الدَّيْرِ فَإِنَّهُ إِلَى خَبَرِكُمْ بِالْأَشْوَاقِ قَالَ لَمَّا سَمَّتْ لَنَا رَجُلًا فَرِقْنَا مِنْهَا أَنْ تَكُونَ شَيْطَانَةً قَالَ فَانْطَلَقْنَا سِرَاعًا حَتَّى دَخَلْنَا الدَّيْرَ فَإِذَا فِيهِ أَعْظَمُ إِنْسَانٍ رَأَيْنَاهُ قَطُّ خَلْقًا وَأَشَدُّهُ وِثَاقًا مَجْمُوعَةٌ يَدَاهُ إِلَى عُنُقِهِ مَا بَيْنَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى كَعْبَيْهِ بِالْحَدِيدِ قُلْنَا وَيْلَكَ مَا أَنْتَ قَالَ قَدْ قَدَرْتُمْ عَلَى خَبَرِي فَأَخْبِرُونِي مَا أَنْتُمْ قَالُوا نَحْنُ أُنَاسٌ مِنْ الْعَرَبِ رَكِبْنَا فِي سَفِينَةٍ بَحْرِيَّةٍ فَصَادَفْنَا الْبَحْرَ حِينَ اغْتَلَمَ فَلَعِبَ بِنَا الْمَوْجُ شَهْرًا ثُمَّ أَرْفَأْنَا إِلَى جَزِيرَتِكَ هَذِهِ فَجَلَسْنَا فِي أَقْرُبِهَا فَدَخَلْنَا الْجَزِيرَةَ فَلَقِيَتْنَا دَابَّةٌ أَهْلَبُ كَثِيرُ الشَّعَرِ لَا يُدْرَى مَا قُبُلُهُ مِنْ دُبُرِهِ مِنْ كَثْرَةِ الشَّعَرِ فَقُلْنَا وَيْلَكِ مَا أَنْتِ فَقَالَتْ أَنَا الْجَسَّاسَةُ قُلْنَا وَمَا الْجَسَّاسَةُ قَالَتْ اعْمِدُوا إِلَى هَذَا الرَّجُلِ فِي الدَّيْرِ فَإِنَّهُ إِلَى خَبَرِكُمْ بِالْأَشْوَاقِ فَأَقْبَلْنَا إِلَيْكَ سِرَاعًا وَفَزِعْنَا مِنْهَا وَلَمْ نَأْمَنْ أَنْ تَكُونَ شَيْطَانَةً

فَقَالَ أَخْبِرُونِي عَنْ نَخْلِ بَيْسَانَ قُلْنَا عَنْ أَيِّ شَأْنِهَا تَسْتَخْبِرُ قَالَ أَسْأَلُكُمْ عَنْ نَخْلِهَا هَلْ يُثْمِرُ قُلْنَا لَهُ نَعَمْ قَالَ أَمَا إِنَّهُ يُوشِكُ أَنْ لَا تُثْمِرَ قَالَ أَخْبِرُونِي عَنْ بُحَيْرَةِ الطَّبَرِيَّةِ قُلْنَا عَنْ أَيِّ شَأْنِهَا تَسْتَخْبِرُ قَالَ هَلْ فِيهَا مَاءٌ قَالُوا هِيَ كَثِيرَةُ الْمَاءِ قَالَ أَمَا إِنَّ مَاءَهَا يُوشِكُ أَنْ يَذْهَبَ قَالَ أَخْبِرُونِي عَنْ عَيْنِ زُغَرَ قَالُوا عَنْ أَيِّ شَأْنِهَا تَسْتَخْبِرُ قَالَ هَلْ فِي الْعَيْنِ مَاءٌ وَهَلْ يَزْرَعُ أَهْلُهَا بِمَاءِ الْعَيْنِ قُلْنَا لَهُ نَعَمْ هِيَ كَثِيرَةُ الْمَاءِ وَأَهْلُهَا يَزْرَعُونَ مِنْ مَائِهَا قَالَ أَخْبِرُونِي عَنْ نَبِيِّ الْأُمِّيِّينَ مَا فَعَلَ قَالُوا قَدْ خَرَجَ مِنْ مَكَّةَ وَنَزَلَ يَثْرِبَ قَالَ أَقَاتَلَهُ الْعَرَبُ قُلْنَا نَعَمْ قَالَ كَيْفَ صَنَعَ بِهِمْ فَأَخْبَرْنَاهُ أَنَّهُ قَدْ ظَهَرَ عَلَى مَنْ يَلِيهِ مِنْ الْعَرَبِ وَأَطَاعُوهُ قَالَ لَهُمْ قَدْ كَانَ ذَلِكَ قُلْنَا نَعَمْ قَالَ أَمَا إِنَّ ذَاكَ خَيْرٌ لَهُمْ أَنْ يُطِيعُوهُ وَإِنِّي مُخْبِرُكُمْ عَنِّي إِنِّي أَنَا الْمَسِيحُ وَإِنِّي أُوشِكُ أَنْ يُؤْذَنَ لِي فِي الْخُرُوجِ فَأَخْرُجَ فَأَسِيرَ فِي الْأَرْضِ فَلَا أَدَعَ قَرْيَةً إِلَّا هَبَطْتُهَا فِي أَرْبَعِينَ لَيْلَةً غَيْرَ مَكَّةَ وَطَيْبَةَ فَهُمَا مُحَرَّمَتَانِ عَلَيَّ كِلْتَاهُمَا كُلَّمَا أَرَدْتُ أَنْ أَدْخُلَ وَاحِدَةً أَوْ وَاحِدًا مِنْهُمَا اسْتَقْبَلَنِي مَلَكٌ بِيَدِهِ السَّيْفُ صَلْتًا يَصُدُّنِي عَنْهَا وَإِنَّ عَلَى كُلِّ نَقْبٍ مِنْهَا مَلَائِكَةً يَحْرُسُونَهَا

قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَطَعَنَ بِمِخْصَرَتِهِ فِي الْمِنْبَرِ هَذِهِ طَيْبَةُ هَذِهِ طَيْبَةُ هَذِهِ طَيْبَةُ يَعْنِي الْمَدِينَةَ أَلَا هَلْ كُنْتُ حَدَّثْتُكُمْ ذَلِكَ فَقَالَ النَّاسُ نَعَمْ فَإِنَّهُ أَعْجَبَنِي حَدِيثُ تَمِيمٍ أَنَّهُ وَافَقَ الَّذِي كُنْتُ أُحَدِّثُكُمْ عَنْهُ وَعَنْ الْمَدِينَةِ وَمَكَّةَ أَلَا إِنَّهُ فِي بَحْرِ الشَّأْمِ أَوْ بَحْرِ الْيَمَنِ لَا بَلْ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ وَأَوْمَأَ بِيَدِهِ إِلَى الْمَشْرِقِ قَالَتْ فَحَفِظْتُ هَذَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Telah disampaikan kepada kami lbn Buraidah dan Amir bin Syurahbil asy-Sya’bi, kabilah Hamdan bahawa dia pernah bertanya kepada Fathimah binti Qais, saudara perempuan adh-Dhahhak bin Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama.

Amir berkata, ”Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah saw yang tidak engkau sandarkan kepada siapapun selain beliau. ”Fathimah berkata, "Jika engkau mahu nescaya aku lakukan. Amir berkata, "Tentu, sampaikanlah kepadaku.” Fathimah berkata, ”Aku menikahi lbn al-Mughirah. Dia termasuk pemuda plihan kaum Quraisy ketika itu. LaIu dia terkena musibah pada permulaan jihad bersama Rasulullah saw. Ketika aku telah menjadi janda, aku dilamar oleh Abdur Rahman bin ‘Auf untuk salah seorang sahabat Rasulullah saw. Sementara itu, Rasulullah melamarku untuk maulanya, Usamah bin Zaid. Aku pernah diberitahu bahawa Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa mencintaiku, maka hendaklah dia mencintai Usamah. Maka ketika Rasulullah saw bercakap kepadaku, aku berkata, "Urusanku ada di tangan Anda. Nikahkanlah aku kepada siapa saja yang Anda suka. Lalu Rasulullah saw bersabda. ‘Pindahlah kamu ke Ummu Syarik. ‘Ummu Syarik adalah perempuan kaya dan kalangan Ansar yang telah banyak memberikan sumbangan di jalan Allah dan disinggahi banyak tamu. Aku berkata, Aku akan melakukannya. Maka beliau bersabda. "Jangan engkau lakukan. Sesungguhnya Ummu Syarik adalah seorang wanita yang banyak tamunya. Aku tidak suka kain tudungmu jatuh atau baju tersingkap dan kedua betismu sehingga kaum itu akan melihat auratmu. Tetapi, pindahlah ke putra pamanmu, ‘Abdullah bin Amr bin Ummi Maktum, seorang Ielaki dani Bani Fihr’, Fathimah pun pindah kepadanya. 

Ketika masa iddahku berakhir, aku mendengar seruan seorang sahabat Rasulullah saw. "Marilah solah berjamaah” Maka aku pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah saw. pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu. Setelah selesai solat, Rasulullah saw, duduk di mimbar. Sambil tersenyum beliau bersabda. "Hendaklah setiap orang tinggal di tempat salatnya. ’Selanjutnya beliau bersabda,’ Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu? Mereka menjawab, "Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. ’Beliau bersabda, ’Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu adalah kerana Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai’at masuk Islam. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu semua tentang Dajjal. 

Dia menceritakan kepadaku bahawa dia mengemudi sebuah perahu bersama 30 orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lalu mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk­duduk di pantai dekat perahu. LaIu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang yang banyak bulunya yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.

Mereka berkata,

“Celaka kau, apakah kamu ini ?

Binatang itu menjawab.

‘Aku adalah mata-mata.’

Mereka bertanya,

‘Mata-mata apa?”

Dia menjawab,

‘Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kenana dia merindukan berita dan kamu’

Tamim ad-Dari berkata, Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin dia adalah syaitan perempuan. Selanjutnya dia berkala, lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi di antara hingga kedua mata kakinya. Kami katakan, "Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini? Dia menjawab, ”kamu telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini ?

Mereka menjawab,”Kami adalah manusia dari Arab. Kami menaiki perahu lalu dihentam gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan. Kemudian kami berlabuh di pulaumu ini. Kami didatangi seekor binatang yang berbulu lebat sehingga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya. Kami bertanya, ”Celaka kamu, binatang apa kamu ini?” ”Saya adalah mata-mata.” “Mata-mata apa?” ‘Pergilah kepada orang yang berada di gua ini kerana dia sangat merindukan berita dari kamu.”

Maka kami pun segera mendapatkan kamu. Kami takut pada binatang itu dan kami tidak tenang jangan-jangan ia adalah syaitan betina. Orang itu berkata,”Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!”

(Baisan ialah negeri yang terkenal sejak dahulu kala. Negeri ini berada dekat Syam Lama dan merupakan salah satu kota di Palestin.)

Tentang apanya yang engkau nak tanyakan?”

“Aku bertanya kepada kamu apakah kurma berbuah?”

“Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak akan berbuah.’

Lalu dia berkata lagi.

“Beritahukan kepadaku tentang Tasek Thabaniyyah!”

(Tasik Thabariyyah adalah tasik besar. Panjangnya adalah sepuluh batu dan lebarnya enam batu. Tasek itu dalam dan dapat dilayari kapa/. Tetapi airnya semakin berkurangan. lkannya ditangkap daan airnya manis tawar. Jarak antara Tasik Thabariyyah dengan Bait al-Muqaddis lebih kurang 100 batu.)

“Tentang apanya yang engkau nak tanyakan ?

“Apakah tasik itu masih berair ?

‘Ya Tasik ilu masih banyak airnya.””Sesungguhnya air tasik itu hampir habis,”

Dia berkata,

“Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!”

(Mata air Zughar adalah nama seorang perempuan yang dinisbatkan pada mata air ini.)

“Mengenai apanya yang nak engkau tanyakan?” “Apakah mata air itu masih memancarkan air? Dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dan mata air itu?”

“Ya mata air itu masih memancarkan banyak air dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.” “Terangkan kepadaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang buta huruf, apa yang dilakukannya?” “Dia telah keluar dari Mekah menuju Yatsrib,”

“Apakah orang-orang Arab memenanginya?”

Ya”

“Bagaimana caranya dia memperlakukan mereka7’ “Dia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya.”

“Apakah demikian?” “Ya”

‘Lebih baik bagi mereka untuk mengikutnya.

Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku ini adalah aI-Masih. Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melalui sesuatu kampung melainkan aku tinggal selama 40 malam kecuali kola Mekah dan Thaibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap aku akan memasuki salah satu kota itu, aku dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalku. Di setiap celah kedua kota itu dijaga oleh para malaikat.”

Fathimah berkata, “Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar, Rasulullah saw bersabda.”lni adalah Thaibah, yakni kota Madinah. lngatlah, apakah hal itu telah aku sampaikan kepada kamu?”

o r a n g r a m a i menjawab :"Benar.”

Nabi Muhammad saw bersabda,”Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Mekah dan Madinah. Ketahuilah sesungguhnya Dajjal itu berada di Laut Syam atau di Laut Yaman, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur.” Baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur.”Selanjutnya Fathimah berkata, ”Maka aku menghafalkan hadis ini dari Rasulullah.” Hadis riwayat Muslim.

kata2 selamat hari jadi

kata-kata dari Ibnu 'Atha illah Askandari,

"Demi Allah, sesungguhnya umurmu bukanlah umur yang dihitung sejak engkau lahir, tapi umurmu adalah umur yang dihitung sejak hari pertama engkau mengenal Allah"

10 April 2012

Perang Mu'tah & Air Mata Penyair Kesayangan Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam

Agungnya pemandangan itu. Seorang pemimpin turun dan turut sama menggali parit bersama semua kaum muslimin. Baginda membahagikan para sahabatnya kepada kumpulan-kumpulan yang setiapnya dianggotai sepuluh orang bagi menggali parit. Peristiwa ini berlaku pada perang Khandaq apabila Rasulullah menerima strategi perang yang dicadangkan oleh Salman Al-Farisi radhiyallahu anhu.Seluruh muslimin bekerja penuh cergas meskipun dalam keadaan amat kelaparan. Mereka tidak mahu dikalahkan oleh rasa lapar yang mencengkam walaupun mereka terpaksa mengalas perut mereka dengan ketul-ketul batu. Ini kerana mereka merasa malu kepada Rasulullah SAW, kerana Baginda sendiri mengalas perut baginda dengan dua ketul batu sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Talhah radhiyallahu anhu.
يا رب لولا أنت ما اهتدينا
Wahai Tuhanku, kalau bukan kerana MU nescaya kami tidak akan mendapat hidayah
ولا تصدَّقنا ولا صلينا
Tidaklah kami bersedekah dan tidak kami mengerjakan solat
فأنزلن سكينة علينا
Turunkanlah ketenangan ke atas kami
وثبت الأقدام إن لاقينا
Tetapkan kaki kami ketika musuh datang menggempur kami
إن الذين قد بغوا علينا
Mereka (musyrikin) telah melampaui batas terhadap kami
إذا أرادوا فتنة أبينا
Jika mereka ingin mengganggu, pasti akan kamitolak dan kami tentang
Bibir Rasulullah yang kering kerana keletihan dan dek musim dingin yang menggigit hingga ke tulang, masih mampu melakar senyum sambil melantunkan bait-bait syair kegemaran Baginda. Syair yang pernah dikumandangkan oleh salah seorang penyair kesayangan Baginda SAW. Melihatkan wajah baginda yang sentiasa bersemangat, dan syair yang baginda perdengarkan, para sahabat seakan mendapat kekuatan. Tiada seorang pun yang mengeluh. Siapakah gerangannya sahabat agung itu? Yang syairnya menjadi dendangan bibir semulia-mulia manusia penghulu seluruh alam?
Mari kita tinggalkan parit Khandaq dan melangkah ke pentas hidup insan hebat bernama Abdullah bin Rawahah.
Pada musim haji tahun ke-12 kerasulan Baginda, beliau adalah antara 12 orang utusan suku-suku daripada Madinah (yang kemudian dikenal dengan nama Kaum Anshar.) yang membai'ah atau mengikat janji sumpah setia kepada RasulullahSAW untuk membela Baginda. Sumpah ini terkenal dengan nama Bai’ah Al-Aqabah al-Ula (Aqabah pertama). Merekalah pembawa dan penyebar ajaran IsIam pertama ke kota Madinah, dan bai’at merekalah yang membuka jalan bagi hijrah Nabi beserta pengikut beliau, yang kemudian, membawa kepada penyebaran Islam yang begitu pesat sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah.
Pada tahun berikutnya, Rasululloh Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam dibai’ah 73 orang Anshar dari penduduk Madinah pada Bai’atul ‘Aqabah Al-Thani (kedua), dimana Abdullah Ibnu Rawahah ini pun termasuk salah seorang utusan yang dibai’at itu.
Kemudian sesudah Rasulullah Sallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersama shahabatnya hijrah ke Madinah dan menetap di sana, maka Abdullah bin Rawahah jualah antara yang paling banyak berusaha membela agama Allah. Beliau mengawasi tipu muslihat Abdullah bin Ubay (pemimpin golongan munafik). Ketua munafiq itu menyusun pelbagai rencana menjatuhkan Rasulullah kerana dia telah terlepas satu peluang yang begitu diidamkannya. Sebenarnya dia telah dipersiapkan untuk diangkat menjadi raja sebelum Baginda berhijrah ke sana. Sebab itulah dia tak putus-putus berusaha menjatuhkan Islam dengan tidak menyia-nyiakan setiap kesempatan yang ada. Berkat kehebatan Abdullah bin Rawahah yang terus-menerus mengikuti gerak-gerik Abdullah bin Ubay dengan cermat, maka gagallah usahanya, dan maksud-maksud jahatnya terhadap Islam dapat dipatahkan.
Pada zaman tersebut, bukan semua orang mendapat peluang menuntut ilmu. Tetapi Allah telah memilih Ibnu Rawahah untuk lahir di suatu lingkungan yang mahir degan kepandaian menulis dan membaca. Lantas dia membesar menjadi seorang penulis yang hebat. Ia juga seorang penyair yang fasih, untaian syair-syairnya meluncur dari lidahnya begitu indah didengar. Orang-orang Islam pun sering mengulang-ulangi syair-syairnya yang indah.
Penyair Rawahah ini pernah dirundung kesedihan amat sangat sewaktu turun ayat 224 surah Al-Syu'ara' :
“Dan para penyair, banyak pengikut mereka orang-orang sesat”
Tetapi kedukaan hatinya dirawat oleh Rasulullah dengan senyuman. Baginda membacakan ayat yang waktu turun pula ayat lainnya : “Kecuali orang-orang(penyair) yang beriman dan beramal shaleh dan banyak ingat kepada Allah, dan menuntut bela sesudah mereka dianiaya”. (Q.S. Asy-syu’ara : 227)
Semenjak ia memeluk Islam, dipergunakan bakat bersyairnya itu untuk kejayaan Islam. Di sebalik syair-syair yang dilontarkan, ditebarkannya roh-roh jihad, semangat persaudaraan serta cintakan Islam ke dalam diri para sahabat dan semua tentera muslimin di medan-medan perang. Dan RasulullohShallallaahu ‘alaihi wa Sallam amat menyukai dan menikmati syair-syairnya dan sering beliau diminta untuk lebih bersungguh-sungguh lagi membuat syair.
Perang Mu'tah dan Tangisan Ibnu Rawahah
فلما ودع عبد الله بن رواحة مع من ودع بكى فقيل له ما يبكيك يا ابن رواحة فقال "والله ما بي حب الدنيا وصبابة ولكن سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقرأ آية من كتاب الله يذكر فيها النار { وإن منكم إلا واردها كان على ربك حتما مقضيا } فلست أدري كيف لي بالصدر بعد الورود
Apabila kaum muslimin mengucapkan selamat jalan kepada para tentera Mu'tah, tiba-tiba Abdullah bin Rawahah menangis. Maka ditanya; apa yang membuatmu menangis wahai Ibnu Rawahah? Maka jawab beliau:
"Demi Allah aku menangis ini bukan kerana cintakan dunia atau pilu meninggalkan kalian, tapi kerana teringat aku pernah mendengar Rasulullah SAW membaca sepotong ayat Quran yang menyebut tentang neraka; "Tiada seorang pun di antara kamu kecuali akan mendatangi neraka,demikian itu satu ketetapan daripada Tuhanmu" (surah Maryam:71) Maka aku tidak tahu bagaimana aku akan melepasinya setelah mendatanginya."
Maka jawab para muslimin; صحبكم الله ، ودفع عنكم ، وردكم إلينا صالحين " Semoga Allah mengiringimu dengan kesejahteraan, mempertahankan kamu dan mengembalikan kamu kepada kami sebagai golongan solihin"
Tapi tahukah kita apa jawapan Ibnu Rawahah? Dengan air mata yang masih membasahi pipi, beliau bermadah;
لكنني أسأل الرحمن مغفرة
Tapi kupohon dari Allah Ar-Rahman keampunan
وضربة ذات فرع تقذف الزبدا
Dan pukulan yang bertubi-tubi

أو طعنة بيدي حران مجهزة
Dan tusukan di kota Harran itu telah tersedia
بحربة تنفذ الأحشاء والكبــدا
Dengan peperangan yang menembuskan tali perut dan hati
حتى يقال إذا مروا على جدثي
Hingga dikatakan apabila mereka melewati jasadku yang telah syahid itu
يا أرشد الله من غاز وقد رشدا
Dialah pejuang berani yang mendapat bimbingan Ilahi
Bala tentara Islam pun maju bergerak ke medan perang Mu'tah. Sewaktu orang-orang Islam dari kejauhan telah dapat melihat musuh-musuh mereka, mereka terasa gerun melihat besarnya balatentara Romawi yang disebutkan sekitar 200,000 orang! Kerana menurut kenyataan barisan tentara mereka seakan tidak tahu di man hujungnya perbarisan mereka. Seolah-olah tidak terhitung banyaknya!
Melihat jumlah mereka yang cuma 3000, tentera muslimin benar-benar terkesima. dan sebagian ada yang berkata: “Baiknya kita kirim utusan kepada Rasulullah Sallallaahu ‘alaihi wa Sallam, memberitakan jumlah musuh yang besar. Mungkin kita dapat bantuan tambahan pasukan, atau jika diperintahkan tetap maju maka kita patuhi”.
Tetapi Ibnu Rawahah, bagaikan datangnya siang bangun berdiri di antara barisan pasukan-pasukannya lalu berucap dengan lantang. Satu ucapan yang menggegarkan dan tercatat harum dalam lipatan sejarah:
يا قوم و الله إن الذي تكرهون للذي خرجتم له- تطلبو ا الشهادة
“Wahai kaumku! Demi Allah apa yang tidak kamu sukai itulah sebenarnya yang kamu keluar kerananya iaitu kita memburu syahid
و ما نقاتل الناس بعدد و لا قوة و لا كثرة
sesungguhnya kita berperang menentang musuh kita bukan bersandar pada bilangan, kekuatan atau banyaknya jumlah!
إنما نقاتلهم بهذا الدين الذي أكرمنا الله به
Kita tidak memerangi memerangi mereka, melainkan berbekalkan agama kita ini, yang dengan memeluknya kita telah dimuliakan Allah!
فانطلقوا فانما هي إحدى الحسنيين:
Ayuh mara ke hadapan mengejar salah satu dari dua kebaikan yang pasti kita capai
اما الظهور واما الشهادة
Sama ada menang atau syahid !”
Bergema suara kaum Muslimin yang sedikit bilangannya tetapi besar imannya itu menyatakan persetujuan. Mereka berteriak: “Sungguh, demi Allah, benar apa yang dikatakan oleh Ibnu Rawahah!”
Pasukan berani mati itupun terus ke tujuannya, dengan bilangan yang jauh lebih sedikit menghadapi musuh yang berjumlah 200,000 yang berhasil dihimpun orang Romawi untuk menghadapi suatu peperangan dahsyat yang belum ada taranya. Kedua balatentara pun bertemu, lalu berkecamuklah pertempuran di antara keduanya.
Pemimpin yang pertama Zaid bin Haritsah gugur sebagai syahid yang mulia, disusul oleh pemimpin yang kedua Ja’far bin Abi Thalib, hingga ia juga memperoleh syahidnya setelah kedua tangannya telah kudung mempertahankan bendera Islam, sehingga digelar zul janahain (yang mempunyai dua sayap) kerana Allah telah menggantikannya dengan dua sayap di syurga yang membolehkan beliau terbang ke mana saja yang beliau sukai. Dan sebahagian sahabat menggelarnya Jaa'far at-Toyyaar (yang terbang).
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdUagyLHkmOGuVje98t8_2IjTa4ZRIqTNFc79wMCynX93q6bEW7ymZjDGE5gAU6qWUnSEKBqN7HIW3ZsBBWfU9rUNsIHfi6pkIpfo_uRPWnj7alZ15QJ4ol6X0FFU_RLo2-d8A8kTNZg/s320/1_931721310l.jpg
Setelah itulah Abdullah ibn Rawahahmenyusul sebagai pemimpin bala tentera muslimin yang ketiga. Dikala itu ia menyambut panji perang dari tangan kanannya Ja’far, sementara peperangan sudah mencapai puncaknya. Hampir-hampirlah pasukan Islam yang kecil itu kucar-kacir diantara pasukan Romawi yang datang membanjir laksana air bah, yang berhasil dihimpun oleh Heraklius untuk maksud ini. Tetapi Abdullah mengembalikan semngat mereka dengan menggantikan tampuk kepimpinan tentera ketika saat genting itu. Beliau berseru :
أقسمت يا نفس لتنزلن_ لتنزلنه أو لتكرهنه
“Bukankah kau telah bersumpah wahai diri untuk maju ke medan perang walaupun kau membencinya
إن أجلب الناس وشدوا الرنة_ ما لي أراك تكرهين الجنة
Apabila manusia berhimpun untuk berperang dan teriakan serta jerit tangis kian memuncak
Tapi mengapa kulihat engkau seolah bencikan kematian dan menolak syurga?
قد طال ما قد كنت مطمئنة_ هل أنت إلا نطفة في شنة
Telah lama kau tinggal dalam suasana tenang
Bukankah kau itu cuma setitis air mani yang hina?"
Berangkat Menuju Redha NYA
Ia pun maju menyerbu orang-orang Romawi dengan tabah. Kalau tidaklah taqdir AllahSubhanahu wa Ta’ala yang menentukan, bahwa hari itu adalah saat janjinya akan ke syurga, niscaya ia akan terus menebas musuh dengan pedangnya, hingga dapat menewaskan sejumlah besar dari mereka.Tetapi waktu keberangkatan sudah tiba, yang memberitahukan awal perjalananya pulang ke hadirat Allah, maka naiklah ia sebagai syahid.
Jasadnya jatuh terkapar, tapi roh perwira itu naik menghadap Zat Yang Maha Pengasih lagi Maha Tinggi, dan tercapailah impian yang didendangkan dalam syairnya selama ini:
حتى يقولوا إذا مروا على جدثي أرشده الله من غاز وقد رشدا
“Hingga dikatakan, iaitu bila mereka melewati mayatku: Wahai prajurit perang yang dipimpin Allah" Ya Allah. Benar, ia telah terpimpin!” “Benar dikau, ya Ibnu Rawahah! Anda memang prajurit yang telah dipimpin oleh Allah!”
Selagi pertempuran sengit sedang berkecamuk di bumi Balqa’ di Syam, Rasululloh Sallallohu alaihi wa Sallam sedang duduk beserta para sahabat di Madinah berbicara dengan mereka. Tiba-tiba percakapan yang berjalan dengan tenang tenteram, Nabi terdiam, kedua matanya basah berkaca-kaca. Beliau mengangkatkan wajahnya dengan mengedipkan kedua matanya, untuk melepas air mata yang jatuh!
Seraya memandang berkeliling ke wajah para sahabatnya dengan pandangan haru, beliau berkata: “Panji perang dipegang oleh Zaid bin Haritsah, ia bertempur bersamanya hingga ia gugur sebagai syahid. Kemudian diambil alih oleh Ja’far, dan ia bertempur pula bersamanya sampai syahid pula. Baginda berdiam sebentar, lain diteruskannya ucapannya: “Kemudian panji itu dipegang oleh Abdulah bin Rawahah dan ia bertempur bersama panji itu, sampai akhirnya ia·pun turut syahid."
Di masa itu, seperti yang diceritakan dalam buku sirah ini, Raheeq Makhtum- Rasulullah berlinangan air mata, menyambung; "Selanjutnya disambut oleh salah satu pedang daripada pedang Allah (Khalid Al-Walid) sehingga Allah memberi kemenangan.”
Kemudian Rasul diam lagi seketika, sementara mata beliau bercahaya, menyinarkan kegembiraan, ketenteraman dan kerinduan, lalu katanya pula : “Mereka bertiga diangkatkan ke tempatku ke syurga …”
Subhanallah!
Ibnu Rawahah telah berjaya!
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEifOvYSxDH4HPJ6KasqIEB5rGIlRBp_zsvhmR3I61n3dXUbcj19VYt5N7cfKgC5zHJzp9m8Z3oOZaGM5PpuZ7DU3LR-t3tTz03xiJZ6qRfKh-Xi56mJKq_xeUhsjrwhYdTJ3RXcH67Tww/s320/post-18460-1173487541.gif.png
Oh ya, apakata kita semua baca tentang perang Mu'tah ini. Sangat penting untuk kita semua tahu. Cuba bayangkan kehebatan tentera Rasulullah 3000 vs. 200,000 hanya 12 tentera muslimin yang syahid! Tentera Rom pula dianggarkan mengalami kerugian nyawa yang besar. Cuba antum cari apakah taktik yang telah diguna pakai oleh saifullah al-maslul (pedang Allah yang terhunus-gelaran Khalid) sehingga tentera Rom tertipu dengan taktik perang itu dan berasa gerun lalu berundur???
Masha Allah!
Perang Mu'tah ini juga telah memberi kesan besar membawa kemasyhuran tentera Islam harum ke Rom dan seluruh arab. Impak besarnya termasuklah
~kuasa Rom menjadi cuak dengan ancaman tentera Islam dan perang ini merupakan permulaan kepada pertarungan2 berdarah dengan Rom di masa2 seterusnya sehingga akhirnya membawa kepada kemenangan dan pembukaan Islam di negeri2 Rom
~Qabilah-qabilah arab yang sebelum ini menjadi musuh ketat Islam telah mengubah pendirian dan ramai-ramai menganut agama Islam termasuk Bani Salim, Asyja', Ghatfaan, Zibyaan, Fazarah, dan lain-lain.
Ini kerana sebelum ini mereka mempersendakan keberangkatan tentera Islam. Mereka mendakwa tentera muslimin ibarat menghantar ekspedisi membunuh diri kerana jumlah mereka yang kecil itu menentang ratusan ribu tentera Rom. Tambahan pula, kuasa Rom ketika itu adalah bangsa yang paling digeruni, kuasa gergasi (mungkin seperti Amerika hari ini). Tetapi sebaliknya tentera Islam kembali ke Madinah tanpa kerigian besar. Ini benar-benar membuktikan kehebatan Islam. Tetapi ini juga membuktikan mereka sememangnya dibantu dan disokong oleh Allah SWT !!!
Membaca sirah benar-benar membuatkan saya kagum akan kehebatan para sahabat dari segi keimanan mereka yang tidak berbelah bagi. Mereka tidak pernah mempersoalkan tindakan Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam. Tetapi keimanan mereka bulat. Tidak bersandar pada logik akal, tapi logik Allah. Kalau Allah kata jadi, maka jadi. Islam yang menang. Bagaimana imanku ya Allah ? (~.~) Masih banyak yang perlu diperbaiki untuk menyandang gelaran Syabab Muhammad !!!
Rujukan:
-Karakteristik Perihidup 60 sahabat Rasulullah SAW (Khalid Muhd Khalid)
-Al-Raheeq Al-Makhtum- Sirah Rasulullah Sallalahu Alayhi wasallam (Syeikh Sofiy Ar-Rahman Al-Mubarakfuri)
-Riwayat hidup Rasulullah Sallallahu alayhi wasallam (Abul Hasan Ali Al-Hasani An-Nadwi)
نسأل الله ان نسير علي دربهم ونلتحق بركبهم في الجنة ان شاء الله
الله ينور قلوينا وقلوبكم وقلوب جميع المسلمين بالعلم والدين والهدي واليقين ويرفع مقامنا ومقامكم ومقام جميع المسلمين في الفردوس الأعلي ويحشرنا ويحشركم بجوار النبي الأمين