07 April 2012

Pesanan Alim ulama'

Pesanan Hadraji Maulana Muhammad In’amul Hasan Rahmatullah’alaih:

1. Sibukkan dirimu dalam usaha agama; jika tidak
kamu pun akan sibuk tapi bukan dalam agama.
2. Gunakan waktumu untuk agama; jika tidak waktu
pun akan habis tapi bukan untuk agama.
3. Gunakan hartamu untuk agama; jika tidak harta
pun akan habis tapi bukan untuk agama.
4. Mati lah kamu dalam agama; jika tidak kamu pun
akan mati tapi bukan untuk agama.

PESANAN MAULANA MUHAMMAD SAAD :
"Da’wah adalah penyelesaian masalah infradi dan ijtimai. Allah SWT telah berfirman, “Siapa yang lebih baik perkataannya (yang lebih baik agamanya) dari orang yang menyeru kepada Allah SWT dan beramal sholeh”. Disini diterangkan bahawa agama terbaik hanya akan terwujud dengan menyatukan da’wah dan ibadah. Ini tidak hanya merupakan pertanyaan tetapi penjelasan dan penegasan bahawa da’wah itulah satu-satunya jalan untuk mendapatkan agama yang baik "
“ siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru (manusia) kepada (agama) Allah dan mengerjakan amal yang soleh dan berkata; sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.
(al-fussilat : 33 )

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda : sejenak di jalan Allah adalah lebih baik dari beribadat pada Lailatul Qadar di hadapan Hajarul Aswad
(Hadis Riwayat Ibnu Hibban)

No comments: